Model 47 Tahun Digelar Nenek Paling Cantik Di Dunia

Syafiqah Jalal
April 4, 2017 11:10 MYT
Seorang wanita berusia 47 tahun, mencuri perhatian ramai kerana kecantikan dan bentuk badan dimilikinya.
Zaklina, yang juga seorang fesyen blogger mempunyai seramai 259 ribu pengikut di Instagram (IG) dilihat sering berkongsi gambar meragakan pelbagai jenis rekaan baju yang cantik.
Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa wanita yang berasal dari Serbia ini telah memiliki dua orang cucu!
Menurut sumber, Zaklina dikatakan suka mengembara dan melancong ke pelbagai negara.
Menerusi IG milik Zaklina, ramai peminat telah memuji model itu setiap kali dia berkongsi gambar dan ada di antara mereka yang meminta tips untuk kelihatan muda sepertinya..
Selain suka menghias dirinya, nenek kepada dua orang cucu itu juga gemar menggayakan cucunya setiap kali mereka keluar bersiar-siar dan perkara itu turut menarik perhatian netizen.
Berikut kami kongsikan gambar-gambar model berusia 47 tahun ini:
Sumber : Cosmopilitan.com
Foto : IG @realfashionist
Olahan : Izzat Ridzwan
#Fesyen #Model