Laman Utama

Model Cilik Umur 9 Tahun Antara Yang Hadir Sesi Ujibakat Neonate Model Search!

gempak
Shahrin Zulkifle
23/07/2022
16:00 MYT
Sponsor Banner
Model Cilik Umur 9 Tahun Antara Yang Hadir Sesi Ujibakat Neonate Model Search!
Semalam telah berlangsung hari pertama ujibakat Neonate : Model Search for KL Fashion Week 2022, bertempat di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
Ujibakat yang berlangsung seawal jam 11 pagi telah menyaksikan seramai 110 orang peserta yang hadir dari pelbagai latar belakang dan peringkat usia.
Mencuri tumpuan barisan juri dengan kehadiran peserta paling muda, Zara Rania Putri, 9 tahun.
Menjadikan model senior, Tini Bibbaby sebagai role model, Zara berkata, minatnya muncul seawal usia lima tahun lagi.
“Nama saya Zara Rania Putri, berasal dari seremban dan hobi saya adalah menyanyi serta menari.
“Saya mula berjinak dalam dunia catwalk seawal usia saya lima tahun lagi.
“Tujuan saya menyertai ujibakat pada hari ini kerana saya sangat minat dengan modelling dan ianya menyeronokkan.
“Saya pernah menyertai beberapa majlis peragaan antaranya Zalora Fashion Week.
“Dalam dunia model saya mengidolakan Mama Tini dan Kak Natrah kerana mereka sangat lawa dan catwalk mereka sangat cantik, saya suka,” jawab Zara Rania ringkas.
Menurut pereka fesyen dan pengarah kreatif Neonate Clothing, Karl Shafek, dia merasakan peserta yang hadir untuk hari pertama masih belum mencapai tahap yang diingininya.
“Hari ini berlangsung hari pertama ujibakat, Alhmadulillah agak ramai juga yang hadir dan sangat memberangsangkan.
“Ramai juga wajah-wajah baru saya lihat yang turut hadir menunjukkan bakat mereka.
“Sejujurnya masih belum mencapai tahap yang kami inginkan, saya masih tunggu ramai lagi untuk datang pada hari kedua esok (hari ini).
“Saya perlukan pelbagai lagi karakter dan value yang kita mahu untuk mereka berjalan sambil meragakan pakaian-pakaian hebat pereka fesyen pada hari kejadian.
“Tetapi tidak mengapa, mungkin hari Sabtu ramai yang sibuk dan ada yang bekerja pada hari ini, saya harap dan berdoa esok akan lebih ramai yang muncul,” katanya kepada Gempak selepas menjurikan para peserta.
Selain Karl Shafek yang bertindak selaku ketua juri, beberapa rakan penaja yang lain termasuk wakil media rasmi iaitu Gempak yang diwakili, Nik Amri Hassan antara yang duduk di kerusi juri semalam.
Untuk makluman, peserta yang berjaya akan dipanggil semula dalam tempoh 10 hari selepas tarikh ujibakat seterusnya menjadi wajah yang akan berjalan di KL Fashion Week 2022, dijangka berlangsung September depan.
Ujibakat Neonate: Model Search for KL Fashion Week 2022, akan diteruskan untuk hari kedua pada hari ini dan buat anda yang berminat diminta menghadirkan diri ke sesi ujibakat bermula jam 11 pagi sehingga 5 petang bertempat di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live