Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Model Ditemui Mati Lepas Seminggu Berpisah Dengan Pemain Bolasepak Jerman, Jerome Boateng

Maliah Surip
11/02/2021 07:50 MYT
Seorang model yang juga bekas peserta Germany’s Next Top Model, Kasia Lenhardt ditemui meninggal dunia pada Selasa, lapor media antarabangsa, Bild seperti diambil dari The Sun.

Dia yang meninggal dunia pada usia 25 tahun, mati seminggu selepas berpisah dengan kekasihnya, seorang pemain bola sepak Jerman, Jerome Boateng.

Pihak polis mengesyaki Lenhardt yang ditemui di kediamannya di Berlin, mati kerana membunuh diri.

"Polis menemui mayatnya sekitar pukul 8.30 malam waktu tempatan. Tidak ada ciri ciri mangsa diserang. Pihak polis mengesyaki dia membunuh diri," lapor media tersebut.

Sebelumnya, Lenhardt kali terakhir mengemas kini akaun Instagramnya dengan sekeping foto hitam putih dan kapsyen berbunyi: "Now is where you draw the line. Enough."

Lenhardt dan Boateng mula menjalin hubungan pada tahun lalu, namun pemain bola berusia 32 tahun itu mengumumkan perpisahan mereka pada 2 Februari 2021.

Pemain pertahanan Bayern Munich ini melalui Instagramnya menulis: "Dengan berat hati saya mengumumkan kami memilih untuk berpisah.

"Saya minta maaf kerana telah melukakan hati banyak pihak dan bertanggungjawab dengan apa yang terjadi. Saya doakan yang terbaik buat Kasia."

Boateng yang berada di Qatar saat mendapat berita kematian bekas kekasihnya itu dilaporkan telah pulang ke Jerman, sekali gus terlepas perlawanan seterusnya.

Lahir di Poland, Lenhardt menjadi pemenang ke empat program realiti versi Jerman pada musik ketujuh.

Dia mempunyai seorang anak, hasil hubungan yang telah berakhir tiga tahun lalu.

Instagram: @jeromeboateng, @kasia_lenhardt





#Bunuh Diri #Model #Jerman #Bayern munich #Jerome Boateng #Kasia Lenhardt