,
Laman Utama

Model Filipina Dibunuh, Ditemui Tenggelam Dalam Sungai Beku

Maliah Surip
14/02/2021
13:50 MYT
Seorang model berasal dari Filipina meninggal dunia dalam keadaan sadis selepas ditemui ditenggelamkan dalam sebuah sungai yang sudah membeku River Severn di Worcester, England.
Model berusia 28 tahun itu dikenali sebagai Christina Rowe. Menurut laporan Mirror, mayatnya ditemui oleh pasukan penyelamat selepas jiran tetangga membuat aduan ternampak banyak tompokan darah pada tangga di kawasan kediaman mereka.
Terdahulu, Rowe kali terakhir dilihat pada Isnin lalu dalam keadaan teruja dan ceria selepas mendapat kiriman daripada pihak posmen.
Namun, selepas itu, kelibatnya tidak kelihatan sehingga jiran tetangga menemui banyak tompok darah.
"Pembunuhnya mesti dipenuhi darah kerana ada banyak darah menitis di merata rata tempat. Ia tak ubah seperti dalam sebuah filem seram. Tapi kami langsung tidak mendengar adanya sebarang pergaduhan," kata seorang jiran.
Selepas mayat Rowe ditemui, pihak berkuasa telah menahan seorang lelaki yang dipercayai suspek pembunuhan kejam itu, Charles Bryne.
Pemuda berusia 24 tahun itu dipercayai bukan sahaja ingin membunuh Rowe, tetapi juga anak perempuannya yang baru berusia 8 tahun.
Kredit Foto: Mirror
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.