VIRAL
Model Majalah Dewasa Bongkar Hubungan Sulit Dengan Mantan Gabenor, Ridwan Kamil
Hanya tinggal beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, industri hiburan dan politik Indonesia dikejutkan dengan pengakuan ‘berani mati’ seorang model majalah dewasa mengenai hubungan gelap bersama seorang mantan gabenor terkenal.
Lisa Mariana yang juga seorang pempengaruh mendakwa menjalin hubungan terlarang bersama mantan Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil. Lebih daripada itu, Lisa mengaku sudah melahirkan anak daripada suami Atalia Praratya itu.
Dakwaan tersebut dikongsi Lisa di akaun media sosial miliknya pada 26 Mac 2025, lapor Viva.co.id.
“Sebelum tahu saya hamil, di-chat setiap hari dia (Ridwan Kamil). Dikejar-kejar tapi selepas tahu terus slow respons,” dedah Lisa.
Menerusi perkongsian seperti foto dan panggilan video, Lisa mendakwa baru bersuara mengenai hubungan sulit mereka selepas Ridwan mula culas membayar nafkah anak mereka.
Dia mengatakan telah melahirkan anak Ridwan pada Januari 2022 yang diberi nama Celina Azzura.
“Melahirkan sendiri, memandu sendiri. Jika ada yang tanya kenapa baru sekarang saya bersuara kerana manusia punya batas kesabaran, apalagi soal anak.
“Saya hanya minta HAK anak saya. Bapak dan tim jangan takut kemudahan atau wang yang diberi saya gunakan. Saya rela berlapar demi anak saya. Faham ya?”tulisnya.
Ridwan yang pernah kehilangan anak lelaki akibat lemas di Sungai Aare pada 2022 kini sedang dalam siasatan pihak berkuasa kerana terkait isu rasuah. Ahli politik berusia 53 tahun itu juga belum memberi kenyataan rasmi mengenai tuduhan berat yang dilemparkan kepadanya.
Must-Watch Video