Model Malaysia Taraf Antarabangsa Yang Patut Anda Kenali

Amri Hassan
Ogos 27, 2017 07:53 MYT
Model bukan hanya beraksi di hadapan lensa kamera dan juga 'catwalk' di pentas fesyen sebaliknya mereka juga dianggap sebagai ikon fesyen.
Disebabkan stail peribadi dan kecantikan yang mereka miliki membuatkan model-model ini juga turut menjadi idola anak muda masa kini.
Ketepikan Gigi Hadid! Berikan ruang kepada Kendal!
Lupakan seketika mereka dan sila beri perhatian kepada model Malaysia ini. Mereka juga punya kuasa memikat mata yang melihat.
Selain mempunyai walah Asia yang unik, mereka juga punya stail yang cukup menyuntik rasa cool anak muda! The Youth-Phoria pilih model Malaysia yang hangat sekarang!
Tuti Noor
Instagram: @tutitimes4
Tuti Noor terlebih dahulu pernah memenangi X Top Model Search pada 2012. Selepas itu namanya semakin popular dan menjadi kegemaran pelbagai jenama baru dek kerana gaya rambutnya yang edgy. Tahun lalu, Tuti mencipta momen sendiri apabila gambar promosi buat Asia's Next Top Model cukup daring sekali! Walaupun tidak menang, Tuti tetap meluaskan kerjayanya sebagai model sehingga terbang ke kota Jakarta.
Shikin Gomez
Instagram: @shikingomez
Empat tahun lalu, Shikin Gomez hanyalah menjadikan dunia peragaan sebagai kerja sambilan dan menolong menggayakan rekaan rakannya. Siapa sangka, tahun ini nasibnya berubah apabila Shikin hampir membawa pulang gelaran juara Asia's Next Top Model 2017. Shikin yang berdarah
campuran Melayu dan India ini juga pernah memasuki pertandingan Malaysia Supermodel Search pada tahun 2015.
Alicia Amin
Instagram: @hangriii
Oleh kerana rakaman Asia's Next Top Model berlangsung di Singapura membuatkan Alicia Amin berehat sebentar daripada pengajiannya di Melbourne. Pada tahun 2010, Alicia yang ketika itu berumur 15 tahun pernah menyertai Ford Supermodel Search Malaysia dan hanya berjaya menjadi finalist buat pertandingan itu. Antara momen pentingnya adalah terbang ke Berlin atas urusan kerja sebagai peragawati.
Rita Nadira
Instagram: @ritanadira_
Darah dunia peragaan cukup kuat mengalir dalam diri Rita Nadira kerana keluarganya bukan hanya dia yang bergelar peragawati malahan kakaknya juga Rita Suraya. Nadira masih lagi bertatih dalam dunia peragaan Malaysia dan wajah segarnya sudah mula mengungguli dunia fesyen lokal. Musim Raya 2017 sahaja banyak kempen yang telah menggunakan khidmatnya diantaranya adalah Rizman Ruzaini dan Rizalman Ibrahim.
Atikah Karim
Instagram: @tiksg
Atikah Karim gadis yang berasal dari Sabah ini adalah peragawati yang paling dibanggakan sekarang. Sejak memenangi Ford Supermodel Search Malaysia pada 2010, namanya terus berkembang. Selepas bertahun membina nama di Kuala Lumpur, dia kini selesa mencari rezeki di New York hingga ke Milan. Antara jenama yang pernah menggunakan khidmat Atikah sebagai model adalah Kenzo, Milk Makeup, Kate Spade dan Polo Ralph Lauren.
Kea Lee
Instagram: @kinkipoo
Pada tahub 2014, Kea Lee telah menyertai pertandingan SupermodelMe yang menghimpunkan peragawati sekitar Asia namun tidak dapat tempat pertama. Bagaimanapun tugas pertamanya dalam dunia peragaan adalah sebagai model untuk jenama Vincci. Setelah dua tahun bergelar peragawati, Kea terbang ke London dan mengikat kontrak dengan agensi M+P dan rezekinya bertambah besar. Apatah lagi dengan gaya berambut perang memberikannya stail lebih edgy.
Teks oleh: THE YOUTH-PHORIA
#Fesyen #Shikin Gomez #Supermodel