September semakin hampir dan pada yang tidak tahu bulan tersebut merupakan tarikh penting buat syarikat Apple untuk mengumumkan model terbaru iPhone mereka.

Malah, Apple telah pun mengumumkan secara rasmi tarikah berkenaan yang jatuh pada 10 September manakala waktu Malaysia ia jatuh pada 11 September 2019.

Perkara itu didedahkan menerusi Twitter milik YouTubers terkenal Marques K. Brownlee (MKBHD) selepas menerima undangan daripada pihak Apple.

Menerusi posting tersebut Apple menggunakan tagline ‘By innovation only’.

Namun, apa yang menariknya ia menggunakan lima warna berbeza pada logo mereka.
Penggunaan warna yang pelbagai ini sekali gus memberi gambaran terhadap model terbaru yang bakal diperkenalkan kelak.

Sama ada ia untuk iPhone 11 ataupun model Xr terbaru, sama-samalah kita tunggu pengumuman rasmi mereka.

Untuk rekod, gambar menunjukkan rekaan iPhone 11 telah mula tersebar di sosial media.

Walaubagaimanapun, kedudukan kamera pada bahagian belakang iPhone 11 telah dikritik hebat kerana menampilkan susunan yang agak pelik. Anda boleh lihat gambar tersebut di bawah.

Sama ada rekaan ini benar atau tidak, tunggu saja 11 September ini.