Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Model Umur 48 Tahun, Cucu S.Shamsuddin Antara 250 Yang Hadir Ujibakat Neonate Model Search Hari Kedua! Meriahnya!

Shahrin Zulkifle
25/07/2022 06:00 MYT
Semalam telah memasuki hari kedua ujibakat Neonate: Model Search for KL Fashion Week 2022 (KLFW22), menyaksikan seramai 250 peserta yang hadir untuk mengambil bahagian.

Ujibakat yang berlangsung di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur itu disertai oleh peserta yang datangnya dari pelbagai latar belakang dengan membawa karakter unik masing-masing.

Jom Gempak tunjukkan kepada anda apa yang menarik semalam:

#1 Ibu berusia 48 tahun

Memegang prinsip usia bukan penghalang, seorang ibu berusia 48 tahun berasal dari Ipoh, Perak antara yang mengambil bahagian.

“Nama saya Zaizana Zainal Abidin, seorang ibu yang mempunyai lima orang anak, dan berusia 48 tahun. Bagi saya usia bukanlah penghalang buat saya sebagai seorang model hijab untuk terus mengembangkan bakat dan minat dalam bidang peragaan dan fesyen.

“Saya pernah terlibat dengan Pageant sebagai ratu kebaya mewakili Negeri Sembilan pada 2019 dan saya juga merupakan seorang student model terkenal, Amber Chia.

“Modelling adalah kerja sampingan saya kerana saya juga merupakan seorang ejen syarikat takaful sepenuh masa”.

#2 Cucu S.Shamsuddin

Mencuri tumpuan barisan juri, dengan kehadiran cucu kepada seniman terkenal, Allahyarham S.Shamsuddin, Liea Ndrea Rohaizad berasal dari Singapura.

“Saya Liea Ndrea Rohaizad dan saya merupakan cucu kepada pelakon veteran yang berasal dari Singapura, arwah S.Shamsuddin.

“Saya datang kesini untuk mencuba nasib di rantau orang, supaya kalau ada rezeki saya terpilih boleh la saya kembangkan bakat saya di Kuala Lumpur.

“Kalau dari sudut dunia hiburan, saya rasa inilah masanya untuk saya meneruskan legasi arwah datuk saya yang sebelum ini merupakan pelakon yang dikenali ramai”.

#3 Pasangan Kembar


Tiada sebarang pengalaman dalam dunia peragaan, pasangan kembar antara yang hadir memeriahkan sesi ujibakat semalam.

“Kami pasangan kembar dan nama kami ialah Izyannazira Hilmi dan Izyannazura Hilmi, kami berusia 21, menetap di Sungai Buloh.

“Walaupun kami tiada pengalaman langsung dalam dunia catwalk, tetapi kami datang untuk hari ini untuk kumpul pengalaman.

“Seandainya hanya salah seorang yang terpilih diantara kami nanti, kami akan sentiasa sokong antara satu sama lain”.

#4 Peserta Kelainan Upaya

Dalam kemeriahan suasana sesi ujibakat, pandangan tertumpu kepada seorang peserta kelainan upaya yang hadir berkerusi roda untuk mempamerkan bakatnya.

“Nama saya Parimanan A/L Ekambaran, berusia 36 tahun pada tahun ini. Saya merupakan orang kelainan upaya dan tidak boleh berjalan dari saya lahir lagi.

“Saya merupakan seorang model dan mendapat tahu sesi ujibakat hari ini daripada agensi saya sendiri. Terima kasih kepada juri sebab beri peluang kepada saya untuk menujukkan bakat saya.

“Saya memang minat dengan fesyen sebab itu saya berminat untuk menjadi model, walaupun dengan keadaan begini, saya akan buktikan saya juga mampu lakukan apa sahaja yang saya mahu”.

Untuk info, calon yang berjaya akan dipanggil semula oleh pihak Neonate dalam tempoh 10 hari selepas tarikh ujibakat seterusnya menjadi wajah jenama Neonate KLFW22 pada Ogos depan.

Neonate merupakan jenama streetwear tempatan yang diasaskan pada 2014 oleh pengacara, pelakon dan pereka fesyen, Karl Shafek bersama Syahir Hamdan.

#Viral #Catwalk #Syahir Hamdan #KLFW22 #Karl #Kuala Lumpur Fashion Week 2022 #Malaysian Model #Neonate Model Search #Neonate x Gempak #Shafek
;