Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Moga Allah Izinkan & Memilih Saya Lagi”- Aliff Aziz Rindu Tabligh

Syafiqah Jalal
08/09/2021 08:27 MYT
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz akui merindui untuk menyertai jemaah tabligh seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

Aliff berharap dia diberi peluang oleh Maha Esa untuk menyertai dakwah itu lagi untuk mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

“Rindu suasana (bersama jemaah tabligh) ni, semoga Allah izinkan dan memilih lagi untuk keluar dijalanNya lagi dan lagi, hingga kami tiada lagi.

“Kami belajar korban dijalanMu Ya Allah. Dengan harapan Kau pandanglah kami dengan pandangan rahmat dan kasih sayangMu,” pintanya.

Suami kepada pelakon Bella Astilah itu berkongsi luahan rasanya di Instagram.

Baca: Syukur Allah Buka Hati Untuk Bertaubat- Aliff Aziz

Menerusi entri yang sama dia memuat naik fotonya bersama jemaah tabligh lain ketika menyertai aktiviti dakwah tersebut.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut mendoakan usahanya untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.

“Hidayah itu adalah rezeki yg sangat berharga,” komen salah seorang pengikutnya.

“Syukur alhamdulillah untuk Aliff dan sahabat-sahabat…teruskan berjihad di jalan Allah,” kata salah seorang warga maya.

Terdahulu, Aliff berkongsi mengenai kisah penghijrahannya selepas mula dengan menyertai tabligh pada bulan lalu.

Sebelum ini, nama Aliff kerap terpalit dengan pelbagai isu panas iaitu siri kecurangan, video lucah dan perbuatan mencuri. Namun Aliff membuktikan ia bukan perkara yang mustahil untuk berhijrah.

Aliff mendirikan rumah tangga pada 2016 bersama pelakon Bella Astillah dan dikurniakan dua orang anak, Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna yang kini berusia setahun.

A post shared by ????? ???? ( ألف عزيز ) (@iamaliffaziz)

#Aliff Aziz #Hijrah #Dakwah #Tabligh #Jemaah
;