Juara program realiti Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2), Fitri Haris menganggap kisah 'penghijrahan' penyanyi Ernie Zakri yang mula berhijab harus disebarkan secara meluas kepada orang ramai.

Pendapat berkenaan dikongsi menerusi satu posting di Instagram hari ini.

"Alhamdulillah sebagai 'influencer' kisah ini sewajibnya disebar luaskan.

"Kebaikan disebar keaiban disimpan. Itu sifir kehidupan, moga Allah menjaga hati dan iman mu Ernie Zakri, amin," katanya sebagai kapsyen.

Anda boleh lihat posting Fitri di bawah.

Alhamdulillah ... as an influencer .. kisah ini lah sewajibnya di sebar luas kan.. kebaikan di sebar keaiban di simpan.. itu sifir kehidupan... moga Allah menjaga hati dan iman mu @erniezakri amin ... Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” (Surah An-Nur : Ayat 31)

A post shared by Dr. Fitri Haris | 01126684664 (@fitriharisofficial) on

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Fitri itu.

Pada masa sama, kebanyakan mereka turut mendoakan supaya Ernie terus istiqomah.

Pada yang tidak tahu, Ernie Zakri kini tampil dengan imej bertudung menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya semalam.

Penghijrahannya itu ternyata menerima pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya sendiri.

Ramai yang memuji Ernie tampak lebih manis dan ayu dengan imej berhijabnya.

BACA: "Sayangnya... Masih Terlalu Awal Untuk Bertudung" - Netizen Risau Karier Slow Down, Ini Respons Ernie Zakri…