HIBURAN
“Moga Doa Ustazah Akan Termakbul” - Didesak Berpisah Dengan Suami, Nora Ariffin Cuba Tunai Hajat Isteri Pertama
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin dipercayai telah membuat permohonan cerai buat kali kedua terhadap suaminya, Ustaz Dr Rushdi Ramli.
Bukan atas kehendak sendiri
Nora menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya menjelaskan permohonan tersebut dibuat bukan kehendak dirinya.
Malah kata Nora, dia hanya menunaikan permintaan madunya iaitu isteri pertama, Ustazah Rose Aliza Sutrisno.
Terdahulu, Untuk info, Nora pernah diceraikan suaminya, Dr Rushdi Ramli menerusi sebuah video pada Ogos lalu.
Selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, penyanyi lagu Desa Tercinta ini memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.
ARTIKEL BERKAITAN:Suami Nora Ariffin Buka Mulut, Minta Henti Panggil Penyondol - “Pada Awalnya Saya Merasa Amat…”
ARTIKEL BERKAITAN:Reputasi Sebagai Penyanyi Terjejas, Nora Ariffin Dedah Kemelut Dengan Madu & Anak Tiri - “Tiada Permohonan Maaf…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Dah Tua, Tak Perlu Emosi…” - Isu Perbalahan Keluarga Suami, Nora Ariffin Pilih Untuk Bersikap Lebih Matang
ARTIKEL BERKAITAN:Nora Ariffin, Anak-Anak Jumpa Pakar Psikiatri - "Kadang-Kadang Kita Tak Tahu..."
ARTIKEL BERKAITAN:Nora Ariffin Dakwa Digelar 'Sundal', Anak Tiri Tampil Bersuara... Dedah Ada Simpan Banyak Bukti - "Lagi Buat Diam Lagi Seronok Dia Eh”
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.
Nora sebelum itu pernah berkahwin dengan komposer Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Johan meninggal duia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.