"Moga Rezeki Bertambah" - Wajah Syed Saddiq Pelaris Bazar Ramadan, Cadar & Sarung Bantal

Amri Hassan
Mei 24, 2018 09:11 MYT
Selepas kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), nama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq masih hangat diperkatakan hingga kini.
Populariti yang diraih Syed Saddiq melonjakkan namanya dan menjadi individu paling disenangi.
Selain menjadi bualan peminat wanita, wajah dan namanya juga dijadikan pelaris perniagaan terutama di bazar Ramadan.
Ada sesetengah penjual mengambil kesempatan untuk memasarkan produk masing-masing menggunakan nama dan wajah Syed Saddiq.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh beliau di laman sosial Instagramnya baru-baru ini.
Terdapat peniaga yang menggunakan namanya untuk menjual juadah seperti ayam percik, air buah-buahan dan nasi tomato.
Malah, tular juga gambar set cadar dan sarung bantal yang dicetak dengan gambar Syed Saddiq.
"I should start charging these people. Terima kasih kepada rakan rakan yang kongsikan ini kepada saya. Moga rezeki bertambah," tulis Syed Saddiq di Instagramnya berserta hashtag #MuoMutiaraJohor.
Apapun, jom lihat kreativiti peniaga tempatan yang menggunakan peluang Syed Saddiq untuk menambah sumber pendapatan sempena Ramadan ini.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @syedsaddiq
#Viral #Viral #PRU14 #Syed Saddiq