"Moga Selamat Tiba & Bertemu Keluarga Tersayang" - Datuk Seri Ismail Sabri Titip Doa Buat Pelajar IPT

Hanafis Haris
April 27, 2020 22:25 MYT
Penantian pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk pulang ke kampung halaman kini berakhir apabila beberapa daripada mereka telah pun dihantar pulang.
Difahamkan, seramai 790 pelajar daripada sembilan IPT di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan pulang ke rumah masing-masing, malam semalam.
Perkara itu turut dikongsi Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu posting di Twitternya.
Menurut Ismail, kegembiraan jelas terpancar pada wajah pelajar ini apabila mereka dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing.
"Berada di Universiti Malaya untuk melihat proses penghantaran pulang pelajar ke zon utara iaitu Pulau Pinang, Kedah & Perlis.
"Semoga mereka selamat tiba ke destinasi dan bertemu keluarga tersayang," katanya.
Posting berkenaan kemudian mendapat respon daripada pelajar yang kebanyakannya mengucapkan terima kasih atas usaha dilakukan kerajaan.
Anda boleh lihat antara ucapan tersebut di bawah.

Jelas terpancar wajah kegembiraan anak2 pelajar IPT ini bila mereka mula berlepas pulang ke kampung halaman masing2. Berada di Universiti Malaya utk melihat proses penghantaran pulang pelajar ke zon utara iaitu P.Pinang, Kedah & Perlis. Semoga mereka selamat tiba ke destinasi. pic.twitter.com/70G19TMbPo

— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) April 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, kerajaan sebelum ini membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan Zon Hijau ke kampung halaman yang berada di dalam Zon Hijau secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
Sumber: Twitter, Berita Harian
#COVID 19 #PKP #IPT