Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Moga Sentiasa Jadi Sinar Dalam Hidupku" - Ucapan Sweet Bekas Isteri Hrithik Roshan Sempena Hari Jadi Ke-43

Amri Hassan
10/01/2018 07:10 MYT
Pelakon terkenal Bollywood dihujani pelbagai ucapan peminat sempena ulangtahun kelahirannya ke-43 hari ini.

Namun, lebih mencuri tumpuan apabila Hrithik mendapat ucapan khas daripada bekas isterinya, Suzanne Khan.

Suzanne yang memuat naik foto bersama Hrithik menyifatkan bekas suaminya itu ibarat sinaran matahari yang takkan pernah padam.

"Selamanya dan kamu akan sentiasa menjadi mentari dalam hidup saya. Selamat hari jadi.

"Senyuman inilah yang paling manis dan akan sentiasa menyebarkan keindahan itu selama-lamanya," tulis Suzanne dalam kapsyen entri terbaharu.

Forever and always you stay the sunshine in my life.. Happy happiest birthday ? ? ???‍♂️?smile that smile brightest and u always will spread that light...limitless ? #sacredheart

A post shared by Sussanne Khan (@suzkr) on


Suzanne dan Hrithik telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata, Hrehaan dan Hridhaan.

Bagaimanapun, pasangan itu telah bercerai pada Disember 2013.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @suzkr
#Hrithik Roshan #Bollywood #Suzanne Khan
;