Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mogok! Ratusan Penghantar Makanan Serah Memorandum

Awani
06/08/2022 00:34 MYT
Ratusan penghantar makanan pada Jumaat berkumpul di pejabat pengurusan Grab Petaling Jaya, bagi menyerahkan memorandum berhubung beberapa isu membabitkan kumpulan itu.

Memetik laporan Awani, antara isu utama yang dibangkitkan adalah soal kadar upah penghantar makanan yang telah dikurangkan.

Menurut jurucakap kumpulan berkenaan, mereka juga menuntut pengurusan Grab menilai dan menambah semula kadar bayaran mengikut jarak pengambilan dan penghantaran.

Mengekalkan kadar bayaran tambang yang sama seperti kadar bayaran asas untuk pesanan berganda.

"Benarkan penunggang membatalkan pesanan tanpa menjejaskan ID dan peratus pembatalan 'rider'," kata jurucakap itu dalam kenyataan.

Terdahulu, beberapa kumpulan penghantar makanan dikatakan telah berkumpul di beberapa lokasi sebelum bergerak ke pejabat pengurusan Grab.

Tindakan itu dibuat sebagai tanda protes terhadap isu-isu yang berbangkit yang dikatakan menindas kumpulan penghantar makanan.

Sementara itu, Grab Malaysia menerusi satu kenyataan menjelaskan, berlaku kesilapan teknikal berhubung kadar upah yang dinyatakan.

"Telah berlaku kesilapan teknikal pada paparan kadar tambang tersebut pada Jun lalu dan fakta sebenar mengenainya telah disiarkan menerusi platform rasmi, Rakan Penghantar Grab pada 21 Julai lalu," kata Grab Malaysia.

Difahamkan, beberapa wakil penghantar makanan GrabFood turut mengadakan pertemuan bersama wakil Pejabat Perdana Menteri (PMO) bagi menyerahkan memorandum sama.

Sumber: Awani

#Makanan #Rider #Memorandum #Grabfood #Mogok #'Penghantar