Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Sukan

Mohamad Ridzuan Puzi Dinobatkan Sebagai Atlet Para Lelaki Terbaik Asia 2018

Badrul Hashim 07/02/2019 | 06:52 MYT
Sekali lagi Mohamad Ridzuan Puzi atau panggilan mesranya Dik Wan membuka mata dunia apabila beliau menerima Anugerah Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018.
Berlangsung di Dubai, Dik Wan menerima anugerah tersebut daripada Presiden Majlis Paralimpik Emriyah Arab Bersatu, Mohamed Alhameli dan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia, Majid Rashed.

☺️☺️☺️????????????

A post shared by Ridzuan Puzi (@ridzuan.___) on

Dik Wan mencipta sejarah apabila mencipta rekod dunia dalam acara 100 meter lelaki (T36) dan rekod Sukan Asia untuk acara lompat jauh pada temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Indonesia, Oktober tahun lalu.
(Baca: Tahniah Ridzuan Puzi & Latif Romly! Berjaya Cipta Rekod Baharu Dunia di Sukan Para Asia 2018!)
Tahniah sekali lagi Dik Wan daripada Gempak.
Sumber: Twitter @MSNMALAYSIA
#Muhamad Ridzuan Puzi #Paralimpik Asia
;