“Mohon 2.8 Juta Pengikut Doakan Suami Saya” – Jihan Muse Sambut Hari Lahir Ungku Hariz

Azwa Rahman
Februari 7, 2020 09:55 MYT
Pengacara dan pelawak Jihan Muse meraikan ulang tahun ke-35 kelahiran suami tercinta, Ungku Hariz Faizal.
Menerusi laman sosial Instagram, Jihan, 37, berkongsi catatan istimewa buat suaminya untuk tatapan umum.
“16 Jamadilawal 1405 lahirlah seorang suami untuk masa depan. 35 tahun kemudian bersamaan tahun 2020 berdirilah dia di samping seorang wanita dan kanak-kanak lelaki yang dipanggil isteri dan anak.
“Semoga suami ini sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT, menjadi suami yang begitu awesome dan soleh, menjadi pembimbing yg benar dan semoga beroleh rezeki yg diberkati.
“Semoga 2.8 juta pengikut saya ni dapat doakan untuk suami saya Ungku Hariz Faizal di harijadinya ini,” tulis Jihan menerusi ruangan kapsyen.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan ucapan hari lahir kepada pelakon tersebut.
“Happy birthday abang, semoga Allah kurniakan kebahagiaan yang berpanjangan dan sentiasa dimurahkan rezeki,” doa seorang wargamaya.
“Happy birthday bro! Sama umur dengan Cristiano Ronaldo,” komen seorang wargamaya.
“Sama birthday dengan saya hari ni. Anyway, happy birthday to your husband, Ungku Hariz,” kata seorang wargamaya.
“Doa yang baik-baik dan berikan yang terbaik untuk suami Jihan Muse dan keluarga,” luah seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Jihan dan Hariz berkahwin pada 20 Mac 2016 dan pasangan itu menimang cahaya mata pertama, Ungku Arsalan Haq pada 25 Januari 2018.
#Birthday #Selebriti #Suami