Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Mohon Ampun Kerana Jadikan Ibadah Bahan Lawak" - Amin Idris Padam Foto Berkhutbah Pegang Septor Loki

Amri Hassan
26/05/2020 09:41 MYT
Penceramah motivasi Amin Idris memohon maaf dan memutuskan untuk memadam fotonya berkhutbah pada pagi 1 Syawal dengan memegang tongkat septor Loki.

Jelas Amin, dia tiada niat untuk mempersendakan agama atau bergurau sekali pun.

"Ramai yang kata "Niat saya baik", "Saya tak niat nak bergurau pun", "Tak terfikir nak buat lawak pun."

"Well, soal niat siapa kita nak persoalkan. Hanya Allah yang tahu apa di hati manusia.

"Sebagai menerima teguran Menteri Agama dengan hati terbuka, saya padamkan gambar khutbah pegang tongkat Loki dan memohon ampun kepada Allah kerana jadikan ibadah bahan lawak," katanya.

Bro Amin mohon ampun kepada Allah dan mohon maaf kepada semua netizen...

A post shared by Amin Idris (@amin_idris) on


Tambah Amin, teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri punyai sebab yang kukuh.

"Beliau tidak bercakap tanpa asas dan dalil. Jauh sekali nak jadi 'joykiller' kerana beliau pasti mahu kita bergembira di hari raya kerana itu perintah agama.

"Selepas teguran itu, saya mula muhasabah diri. Memang benar, walaupun 'tongkat itu sunat', tapi ia tetap ibadah.

"Sebagaimana kita berjaga-jaga setiap tindakan dalam ibadah solat, begitu juga dalam soal tongkat walaupun ia sunat.

"Maka saya terus delete dan mohon maaf atas keterlanjuran dan kesilapan saya.

"Ditambah pula yang menegur adalah insan yang alim dan jauh lebih baik amal solehnya berbanding saya yang solat malam pun jarang sekali," tambahnya.

Amin turut menyertakan petikan hadis dan fatwa Jabatan Mufti Perlis yang menyentuh mengenai tongkat khutbah.
#Amin Idris #Khutbah Raya #Tongkat Loki
;