Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Mohon Maaf Jika Dia Ada Terkasar Bahasa…” - Cik Non Founder Viral Meninggal, Suami Tenang Umum Berita Sedih

Mya Amri
14/06/2022 05:21 MYT
Pengasas produk kontroversi yang dikenali sebagai Cik Non dilaporkan meninggal dunia awal pagi Selasa.

Berita kematiannya pemilik nama sebenar Nor Shahadah Aisyah itu dimaklumlan oleh suaminya menerusi satu video di laman TikTok.

“Assalamualaikum kepada semua yang mengenali saya dan isteri saya, Nor Shahadah Aisyah yang selalu menjadi watak Cik Non telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3:45 pagi tadi,” ujarnya.

undefined
Dalam video yang sama, suaminya juga turut memohon maaf sekiranya Cik Non ada melakukan kesalahan sepanjang hayatnya.

Suaminya juga memaklumkan tidak ada siaran langsung pengkebumian isterinya.

“Saya dari pihak dia ingin memohon maaf jika dia ada terkasar bahasa pada you all dan jika ada apa-apa yang Cik Non… Apa-apa yang Cik Non dengan you all, maafkanlah ya.

“Mungkin saya tak akan buat live kebumi dia, mungkin saya tak tunjuk jenazah dia,” jelasnya dalam video tersebut.

Untuk rekod, Cik Non pernah menjadi tular pada tahun 2020 kerana masuk ke pusat membeli-belah tanpa memakai pelitup muka ketika pandemik COVID-19.

#Viral #Meninggal Dunia #Cik Non #Founder Viral