Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Mohon Maaf Kepada Netizen, Aiman Tino & Ibu Dah Berbaik - "Sayang Dunia Akhirat"

Zulaikha Yusof 13/02/2021 | 02:00 MYT
Ibu penyanyi Aiman Tino, Hazelina Mat Jalil tampil memohon maaf kepada netizen selepas mendakwa anaknya menghilangkan diri kerana dikawal oleh seorang perempuan.
Susulan kontroversi itu, ada segelintir yang memberi gelaran mentua dari 'neraka'.
Hazelina tidak mendiamkan diri lalu membalas komen tersebut.
BACA: Ibu Aiman Tino Digelar Mentua Dari Neraka - "Nasib Lah Siapa Yang Sangkut Dengan Keluarga Makcik"
"Assalamualaikum saya Riena, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua netizen. Yang mengecam saya dan anak saya, saya juga maafkan kamu semua.
"Semoga tiada dakwa mendakwa di akhirat kelak," tulisnya di Instagram Stories, semalam.
Dalam pada itu, Hazelina turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi nasihat dan pendapat kepada dirinya.
"Alhamdulillah terima kasih kepada yang memberi nasihat, pendapat dan semangat. Terima kasih syukur dapat kenal dengan awak semua," tulisnya lagi.
Menerusi posting yang berbeza, Hazelina ada memuat naik foto bersama Aiman dan suaminya, Yusry Ishak.
"Sayang dunia akhirat," tulisnya sebagai kapsyen.
Pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu membalas dengan mengucapkan saya sayang awak ( i love you).
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan agar keluarga ini sentiasa dilimpahi dengan kebahagiaan.
"@sehyung_kv: Saya doakan semoga makcik dan keluarga bahagia selalu dan dilindungi oleh Allah dari segala keburukan. Amin.
"@liza_shaa18: Sayang makcik Riena. Semoga ibu dan keluarga bahagia selalu.
"@zulaikha_snd: Terus kuat ibu. Doa ibu tiada hijabnya. Semoga semua baik-baik dan dipermudahkan ya," antara komen-komen ditinggalkan.
#Aiman Tino #Kontroversi #Ibu #Minta Maaf #Berbaik
;