Hiburan
Mohon Netizen Bagi Ruang, Pengurus Che Ta Bakal Beri Kenyataan Tidak Lama Lagi - “Saya Akan Kembali Dengan…”
Pengurus Rozita Che Wan iaitu Afeeq Abd Wahab memohon agar semua pihak memberi ruang kepada mereka bagi memberi kenyataan rasmi berkenaan rumah pelakon itu diserbu oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Afeeq membuat kenyataan tersebut menerusi satu hantaran instagram storynya.
“Assalamualaikum, tolong berikan masa. Saya akan kembali dengan kenyataan rasmi, tidak lama lagi. Terima kasih,” katanya.
Pada masa sama, Afeeq juga sempat memuat naik kata-kata positif yang meminta selebriti bawah jagaannya agar tabah menghadapi ujian yang diberikan kepadanya.
Terdahulu, tular di media sosial apabila rumah pelakon, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta telah diserbu oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA), pada Selasa.
Serbuan tersebut dilakukan susulan Che Ta didakwa gagal untuk membayar kembali pinjaman daripada MARA yang berjumlah hampir RM1 juta.
Sekadar info, meskipun serbuaan dibuat, pelakon yang popular dengan drama Kiah Pekasam itu sempat membuat ucapan hari jadi buat anaknya, Aniq Ezzra dan juga membuat hantaran sedang menjaga pemakanannya.