Penyanyi Azza Elite memaklumkan tentang berita pemergian bapa mertuanya, Zulaily Baharudin yang menghembuskan nafas terakhir pada sekitar jam 4.55 pagi tadi.

Azza berkongsi berita dukacita itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"Innalillahiwainailaihirojiun, mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham bapa mertua saya.

"Arwah Zulaily Baharudin telah pergi meninggalkan kami pada jam 4.55 am," tulisnya.

innalillahiwainnailahirojiun mohon sedekah kan alfatihah buat allahyarham bapa mertua saya arwah zulaily baharudin telah pergi meninggal kan kami jam 4.55 am .

A post shared by Azzaelite❤️jadaqueen0174748991 (@azzaelite) on


Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Azza di ruangan komen, tidak ketinggalan juga beberapa rakan industri.

Rata-rata mereka menulis ucapan takziah serta turut menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

Salam takziah dari Gempak buat Azza dan seluruh ahli keluarga Allahyarham, Al-Fatihah.