Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Momen Bersalin Penuh Cabaran, Dahlia Rizal Syukur Suami Setia Menemani - “Hanya Allah Sahaja Yang Dapat…”

Asyraf Roslan 12/05/2025 | 04:55 MYT

Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal meluahkan rasa syukur memiliki Imran Aqil sebagai suami yang setia menemani sepanjang fasa kehamilan dan kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Stories, Dahlia menyifatkan kehadiran Imran sebagai anugerah yang tidak ternilai.

“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT sebab kurniakan saya suami macam Imran.
“Saya tak tahu macam mana nak berterima kasih dengan dia sebab ada dengan saya sepanjang perjalanan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa baik suami saya, I love you very much sayang,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, Dahlia turut menceritakan pengalaman ketika melalui proses melahirkan anak sulung mereka.
“Semasa hari keluarga kami, pada awal pagi tu saya dah mula rasa sakit, nak jalan pun sakit. tak dapat nak describe sakit tu macam mana.Tapi petang itu saya terus kejut Imran untuk bawa saya ke Hospital sebab dah terlalu sakit nak berjalan ke kereta pun perlahan-lahan sahaja.
"Nurse terus periksa dan lihat ada contraction sedikit dan ambil keputusan untuk wardedkan saya. Bila dah masuk doktor check masih tiada bukaan dan minta saya tunggu 4-5 jam. Tapi tak sampai 20 min saya dah rasa contraction melampau tapi hanya 1 cm.

"Nurse bantu saya untuk kurangkan sakit dengan memberikan laughing gas, ada rasa kurang sedikit tapi bila dah start sakit balik saya terpaksa minta suntikan epidural. Sejujurnya epidural lebih sakit berbanding contraction, but it was all worth it," tambahnya.

Bagaimanapun, Dahlia akui tidak bersedia apabila doktor memaklumkan dia terpaksa melakukan pembedahan Czer.

Jelas Dahlia dia dan Imran menangis kerana menyedari apa sahaja boleh berlaku semasa pembedahan itu berlaku.

#Imran Aqil #Dahlia Rizal