The House yang menampilkan bekas peragawati Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra bakal memasuki episod keenam malam ini.

Istimewa kali ini, anda akan menyaksikan momen manis antara ibu dan anak kerana ibu Ezurin, Zelly Ariffin akan datang berkunjung ke rumah yang didiaminya di Hulu Langat, Selangor.

Bukan itu sahaja, rakan rapat Ezurin, Magie Abang Saufi juga akan bertemu anaknya, Arafah yang juga akan datang berkunjung ke rumah tersebut.

Ya, sebelum ini anda telah menyaksikan babak-babak yang menampilkan Ezurin bersama anak-anaknya, begitu juga Magie yang pernah menerima kunjungan anak lelakinya Arafan. Tetapi kali ini agak berbeza kerana Zelly dan Arafah membuat kemunculan kali pertama dalam program ini.

Menariknya, Ezurin bukan sahaja gembira bertemu ibunya, malah beliau juga sangat gembira dapat bertemu dengan Arafah kerana baginya, bertemu dan meluangkan masa bersama anak rakan rapatnya juga merupakan satu perkara penting.

Banyak lagi perkara menarik menanti anda dalam The House episod keenam malam ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Anda juga boleh menyaksikan ulangan menerusi On Demand atau tonton semua episod yang telah ditayangkan menerusi penstriman di aplikasi Astro Go pada bila-bila masa.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.