HIBURAN
Momen Mimi Lana Peluk Syafiq Kyle Di Majlis Kahwin Eyka Farhana Tular Di TikTok, Netizen Suka; - “Ulang Tengok Banyak Kali”
Meskipun hanya hadir sebagai tetamu, pasangan selebriti Mimi Lana dan Syafiq Kyle berjaya mencuri perhatian netizen ketika menghadiri majlis perkahwinan pelakon Eyka Farhana dan pemain bola sepak Akhyar Rashid baru-baru ini.
Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, dapat dilihat suasana meriah majlis resepsi tersebut apabila para tetamu menari mengikut irama lagu Sinaran nyanyian Sheila Majid.
Namun, apa yang paling mencuri tumpuan netizen adalah momen manis antara Mimi Lana dan suaminya, Syafiq Kyle.
Dalam video tersebut, Mimi kelihatan spontan dan selesa memeluk Syafiq, dari belakang sambil menari bersama tetamu lain.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata peminat menzahirkan rasa teruja setelah melihat momen tersebut.@eyka.farhana00 Semua Fav artist enjoy😍 #weddingvibes #artismalaysia #eykafarhana #fypシ゚viral🖤tiktok #eykaakhyar #weddingday #doayangbaikbaik #viralvideo ♬ original sound - Eyka Farhana✨
“Sweet sangat! Dah kahwin pun tetap nampak macam baru bercinta.
“Ulang tengok banyak kali sebab suka tengok Mimi peluk Syafiq haha,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, kedua pasangan merpati dua sejoli itu sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos tahun 2023, namun majlis itu dibatalkan.
Tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.
Selepas melalui fasa turun naik dalam percintaan, Syafiq dan Mimi kemudiannya sah bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup yang diadakan di kediaman pengantin perempuan bertempat di Taiping, Perak pada 14 Februari lalu.
Must-Watch Video