Diam tak diam minggu ini sudah masuk minggu keempat Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) dan menyaksikan tiga kumpulan tersingkir.

Tahun ini juga antara kumpulan yang menjadi perhatian adalah UBI, CILI, OOD dan ARTEH menjadi perhatian penonton.

Bagaimanapun kumpulan SELIT, BAHROY, WISEL, JOKO dan NGAM juga perlu diberi perhatian kerana mereka juga bukan biasa-biasa ya!

Sudah pasti ada beberapa momen berlaku minggu lalu dan di sini kami berikan sedikit throwback sebelum minggu keempat bermula malam ini.

1. Sebelum persembahan bermula, hos Sharnaaz Ahmad dan juri tetap, Siti Saleha menjadi tumpuan penonton. Nampaknya dah ada yang cuba kenen-kenenkan mereka ya.

2. Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya katil yang diduduk oleh Zahid patah sewaktu menyampaikan sketsa!

Tapi jangan bimbang kejadian itu berlaku sewaktu sesi latihan dan dikongsi Zahid menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram Zahid.

Paling lucu bila terdengar isterinya ketawa terbahak-bahak melihat kejadian itu. Buat hal lah Zahid kan hehe.

A post shared by zahidbaharudin (@zahidbaharudin)

3. Fad boleh dikataka star of the night kerana parodinya meniru juri tetap, Najip Ali memang menjadi guys!

4. Mungkin ada yang tidak tahu Namie sebenarnya merupakan guru muzik disebuah sekolah rendah. Namun disebabkan dia menyertai MLS3, Namie telah mengambil cuti buat sementara waktu untuk mencuba nasib dalam bidang komedi.

Ha jangan salah faham ya, bukan Namie berhenti tetapi ambil cuti.

5. Alamak betul ke juri cringe bila ramai bintang sering menggunakan method sedih dalam penceritaan mereka?

Bagaimanapun kata juri ada lawak yang menggunakan elemen sedih tetapi kreatif dan menjadi, kena dengan tempat seperti OOD.

Tetapi bila ada yang cuba menggunakan elemen itu dan kurang menjadi, ketika itu timbul rasa cringe.

Minggu keempat ini bagaimanapula kisahnya? Sama-sama kita nantikan malam ini.

MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.

MLS3 menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022