HIBURAN
Momen Shuib Pakaikan Thalita Kasut Sebelum Konsert Curi Perhatian, Bangga Tengok Puteri Tercinta Atas Pentas Besar - “Saya Tak Pernah Membayangkan…”
Anak kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Thalita mencuri tumpuan apabila membuat kemunculan di konsert Ajai & Mega Friends yang berlangsung di Singapura, malam tadi.
Layanan Kepada Anak
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Shuib memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan momen anak perempuannya itu sebelum membuat persembahan.
Video berdurasi pendek itu memaparkan Shuib sedang menyiapkan puteri kesayangannya itu dengan memakaikan Thalita kasut tumit tinggi.
“My little princess,” tulis Shuib bangga.
Pada konsert tersebut, Thalita menyampaikan lagu hits arwah ibunya, Siti Sarah iaitu Kesetiaan.
Bangga Thalita Atas Pentas Besar
Lebih istimewa, Thalita turut berduet bersama Shuib dengan mendendangkan lagu Semakin Benci Semakin Cinta.
Usai persembahan tersebut, Shuib membuat ucapan penghargaan kepada Ajai kerana memberi peluang kepada Thalita untuk membuat persembahan di pentas besar.
“Saya takkan pernah membayangkan Thalita akan ada di sebuah pentas besar memegang mikrofon yang emaknya pakai sepanjang karier.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Abang Ajai kerana menjadi asbab juga untuk arwah Sarah ada dalam industri dengan lagu-lagu yang sangat luar biasa,” ucapnya di atas pentas sambil disambut tepukan dari penonton.
Konsert Ajai & Mega Friends di The Star Theatre Singapura itu turut menampilkan penyanyi Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Hazama, Asmidar dan Aina Abdul.
Must-Watch Video