“Momen Tu, Speechles Betul…”- Netizen Terharu, Jaguh Lompat Tinggi Sanggup Kongsi Emas!

Syafiqah Jalal
Ogos 3, 2021 03:24 MYT
Acara lompat tinggi di kejohanan temasya, Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini merakamkan momen yang sangat berharga buat dua negara apabila kedua-dua jaguh dari Qatar dan Itali dengan rela berkongsi pingat emas.
Mutaz Essa Barshim dan Gianmarco Tamberi sanggup berkongsi pingat emas dalam acara tersebut selepas kedua-duanya berkongsi podium pertama setelah melakukan lompatan 2.37 meter dalam aksi yang berlangsung di Stadium Olimpik, Tokyo.
Meskipun catatan tersebut mampu dicabar, dengan atlet Qatar, Barshim dan Tamberi dari Itali, meletakkan ketinggian 2.39m, namun kedua-duanya gagal melepasi halangan tersebut.
Selepas tiga kali gagal melepasi 2.39m, mereka kemudian berbincang dengan pegawai Olimpik bagi mendapatkan keputusan pemenang emas.
“Boleh kami dapat dua emas?” kata atlet berusia 30 tahun, Barshim.
Maksim Nedasekau turut melepasi lompatan 2.37, namun disebabkan dia lebih banyak melakukan kegagalan menyababkan atlet dari Belarus itu meraih gangsa.
Momen tersebut mendapat perhatian netizen termasuk pengguna Twitter dari Malaysia yang terharu dan merasakan ia momen kegembiraan yang sangat bernilai.
“Tengok atlet negara lain main sukan dan sanggup kongsi pingat emas speechless betul. moment kegembiraan tu dengan aku sekali rasa sedih and happy. semangat betul and suka tengok reaksi diorang,” tulis salah seorang warga net.
“Terharu bila tengok Qatar dan Itali setuju nak kongsi emas,” kata salah seorang netizen.

tengok atlet negara lain main sukan and sanggup kongsi pingat emas speechless betul. moment kegembiraan tu dengan aku sekali rasa sedih and happy. semangat betul and suka tengok reaksi diorang #TokyoOlympics2020

— zirajaafar ?? (@nrhzrhjfr) August 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terharu bila tengok Qatar dan Itali setuju nak kongsi emas. Tapi masih tak boleh lupa semalam Jamaica muka ketat masing-masing padahal yang menang semua satu negara.

— Nazrin A, Goodreader ? (@NazrinAsytar) August 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Atlet #Emas #Olimpik #Momen #Speechless #Terharu