Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Moment Berjalan Kaki Ke Masjid Nabawi, Allahu...” – Isteri Shukri Yahaya Kongsi Pengalaman Di Tanah Suci

Mya Amri
29/01/2019 10:25 MYT
Isteri pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan berkongsi pengalaman indah ketika mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Menurut Tya, cuaca di tanah suci pada ketika ini sangat sejuk dan suasana di sana sangat menenangkan.

“Assalamualaikum my dear followers yang disayangi, dari Kuala Lumpur ke Madinah, Madinah ke Makkah. Ya Allah, suasana madinah yang sangat tenang, cuaca madinah yang dingin dan sejuk, aiskrim yang sedap, susu yang sedap, agar-agar yang sedap, moment berjalan kaki menapak ke Masjid Nabawi, Allahu…

“Di Makkah pula, suasana yang tak dapat digambarkan… Di sini Tya share sedikit pemandangan di masjidil haram, berpusu-pusu umat Islam setiap waktu di masjidil haram, beribadah kepada Allah S.W.T merebut syurga allah. sedih bukan?

“Ya Allah kau tetapkanlah iman dihati-hati kami Ya Allah… Panjangkan usia kami, sihatkan tubuh badan kami, supaya kami dapat beribadah padamu dengan lebih Ya Allah… Di kala waktu Tya taip ni pada jam 9.16pagi, 29januari,” coretnya.

Tya juga meluahkan rasa berbelah bahagi meninggalkan kota Mekah untuk pulang ke tanah air malam ini.

“Tya akan berangkat pulang ke Malaysia malam ni. Perasaan yang berbelah bagi meninggalkan kota Makkah tapi pada masa yang sama hati membuak-buak nak jumpa anak dan suami. Allahu…

“Terima kasih pada yang sudi membaca, Tya doakan kita semua diberi peluang menjadi tetamu allah berkali-kali ke sini dan diberi rezeki yang tidak disangka-sangka. Amin amin ya rabb’al alamin.

“Pada yang kirim doa, Alhamdulillah Tya dah bacakan mana yang sempat, ada yang Tya bacakan dekat Jabal Rahmah, ada yang dekat Raudhah, ada yang dekat depan Kaabah. Semoga semua hajat dan doa kita dimakbulkan Allah S.W.T… Amin amin ya rabb’al alamin…” tulisnya.

assalamualaikum my dear followers yang disayangi, dari kuala lumpur ke madinah, madinah ke makkah. ya allah, suasana madinah yang sangat tenang, cuaca madinah yang dingin dan sejuk, aiskrim yang sedap, susu yang sedap, agar-agar yang sedap, moment berjalan kaki menapak ke masjid nabawi, allahu.. di makkah pula, suasana yang tak dapat digambarkan.. disini tya share sedikit pemandangan di masjidil haram, berpusu-pusu umat islam setiap waktu di masjidil haram, beribadah kepada allah swt merebut syurga allah. sedih bukan? ya allah kau tetapkanlah iman dihati-hati kami ya allah.. panjangkan usia kami, sihatkan tubuh badan kami, supaya kami dapat beribadah padamu dengan lebih ya allah.. di kala waktu tya taip ni pada jam 9.16pagi, 29januari. tya akan berangkat pulang ke malaysia malam ni. perasaan yang berbelah bagi meninggalkan kota makkah, tapi pada masa yang sama hati membuak2 nak jumpa anak dan suami. allahu.. ? terima kasih pada yang sudi membaca, tya doakan kita semua diberi peluang menjadi tetamu allah berkali kali kesini dan diberi rezeki yang tidak disangka-sangka. amin amin ya rabb’al alamin.. pada yang kirim doa, alhamdulillah tya dah bacakan mana yang sempat.. ada yang tya bacakan dekat jabal rahmah, ada yang dekat raudhah, ada yang dekat depan kaabah. semoga semua hajat dan doa kita dimakbulkan allah swt... amin amin ya rabb’al alamin.. ❤️

A post shared by ??? ????? (@tyaadnan) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan Tya selamat pulang ke Tanah Air.

Foto: Instagram @tyaadnan
#Shukri Yahaya #Mekah #Tya Adnan
;