Laman Utama

“Mommy Bakal Pishang Nak Nak Layan Nanti!” - Ace Dah Ada Geng! Dr Say Kongsi Jantina Anak

gempak
Mya Amri
18/05/2021
06:45 MYT
Sponsor Banner
“Mommy Bakal Pishang Nak Nak Layan Nanti!” - Ace Dah Ada Geng! Dr Say Kongsi Jantina Anak
Pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Menurut Say, dia tidak kisah mengenai jantina sebaliknya bersyukur dengan nikmat rezeki yang dikurniakan Tuhan.
BOY! 65% teka baby girl bila saya tanya korang dulu. Macam-macam teori ampa bagi, ‘kulit wifey glowing, sure baby girl’, ‘perut nampak panjang dan lebar, sure baby girl’.
Sorry to dissapoint you. Sebenarnya kami tahu dah jantina masa bini 12 minggu dulu sebab kami ada buat satu test bernama ‘NIPT test’ memandangkan bini keguguran sebelum ni jadi kami nak periksa sekiranya kandungan ni ada genetic abnormalities.
“Alhamdullilah keputusan yang diberikan normal dan pada masa sama NIPT test tu juga dapat check kromosom baby & turns out to be XY (lelaki).
“Bini nak anak perempuan supaya cukup sepasang boleh tutup kilang tapi nampak gayanya kilang masih boleh beroperasi dengan SOP yang ketat haha.
“Saya okay ja apa jua jantina, yang penting syukur masih dilapangkan rezeki. Nombor tiga boleh cuba untuk perempuan. Kalau nombor tiga masih lelaki, nombor empat boleh cuba lagi kan @azuraabas? Ahaha.
“Alhamdullilah scan baby nampak sihat pembesarannya. Tak sabar tunggu kemunculan dia Ogos nanti. Yay Ace ada kawan untuk main nanti, yay mommy bakal picang nak layan tiga lelaki nanti,” tulisnya.
Dr Say telah berkahwin dengan Dr Azura Abbas pada 30 Mac 2014.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Aezreil pada 5 Mac 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live