Hiburan
"Mommy Dalam Bilik, Anak Dekat Hall...Mommy Rindu!" - Ika Nabella Kongsi Pengalaman Bergelar Ibu
Pelakon Ika Nabella berkongsi pengalaman bergelar ibu sejak 15 hari lalu.
Menurut Ika, dia mudah berasa rindu, sebak dan sayu jika berjauhan dengan anaknya meskipun hanya dalam satu rumah.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Nak tanya, normal ke Mommy dalam bilik, anak dekat hall, Mommy rindu, sebak & sayu?
"Sayu je tengok anak tidur, anak hisap nenen, anak mimpi senyum-senyum, anak sebek..lagi-lagi bila anak tengok I haha..I tahu dia tak nampak I lagi tapi bila dia tengok tu I rasa indirectly dia tengah bagitahu "Mommy, you cantik tapi diet please untuk Ayah" jujur je," selorohnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Ika meninggalkan respon positif, ada yang mengatakan merindui anak walaupun sama-sama berada dalam satu rumah adalah satu perkara normal untuk ibu yang baru melahirkan anak.
Imbas kembali, Ika mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muhammad Zaid pada 30 Julai 2016.
Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki pada 23 Oktober baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, pasangan ini masih belum mendedahkan nama dan wajah cahaya mata mereka itu.
Must-Watch Video