"Mommy Is So Excited But A Bit Emotional" - Anak Shima Anuar Sambut Hari Jadi Pertama

Asraf Aided
Disember 12, 2018 05:53 MYT
Anak perempuan kepada pelakon Shima Anuar iatu Marian Sophia telah menyambut hari ulang tahun kelahiran pertamanya pada hari ini.
Perkara itu dikongsi Shima menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
"My dear baby Marian Sophia, today, 12 th December 2018 is your first birthday.
"How time flies, Mommy is so excited but a bit emotional.
"There is nothing to describe how much i love you.
"Jadi anak yang baik, yang hormat orang tua dan kepada semua orang, membesar dengan sihat dan bijak and may Allah bless you always, I love you sayang, happy birthday!" tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Shima memberi ucapan dan mendoakan kesejahteraan Sophia.
Shima dan suaminya, Mohd Solih Toha, 41 telah mula mendirikan rumah tangga pada 8 April tahun lalu.
Solih merupakan seorang ahli perniagaan dan pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata sebelum mengahwini Shima.
#Shima Anuar