“Mommy Tak Tahu Pun Pregnant Masa Ni…”- Anak Abam Setahun, Isteri Fad Bocey Imbau…
Isteri kepada pelawak, Fab Bocey, Syaheera Rahman mengimbau kenangannya bersama anak kepada arwah Abam Bocey sempena ulang tahun kelahiran pertama Hamzah.
Menurut Syaheera meskipun dia dan Fad tidak selalu bersama namun mereka tetap akan cuba memberi kasih sayang yang semampunya kepada Hamzah.
“Mommy (Syaheera) tak tahu pun hamil ketika mendukung Hamzah masa ini (foto). Mommy selalu minta Hamzah doakan Mommy dapat baby .
“Anak ,hari ini kau genap setahun . Mommy dan daddy (Fad )selalu doakan yang baik buat Hamzah dan ibu .
“Moga Allah sentiasa melindungi kalian .Moga Hamzah membesar dengan baik dan jadi la anak yang soleh .
Syaheera berkongsi nukilan itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Syaheera akui dia dan suaminya sentiasa merindui arwah Abam.
“Kami tak meratap malah cemburu Abam dah ada di suatu tempat yang terbaik yang semuanya akan kembali ke situ suatu hari nanti .
Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demam panas.