Hiburan

“Mommy You Patut Jumpa Atuk...” Menangis Nabila Huda Kenang Saat Bertemu Bapa

gempak
Mya Amri
09/07/2020
15:40 MYT
Sponsor Banner
“Mommy You Patut Jumpa Atuk...” Menangis Nabila Huda Kenang Saat Bertemu Bapa
Pelakon Nabila Huda berkongsi saat bahagia sewaktu bertemu bapanya, Amy Search.
Pendedahan itu dibuat Nabila atau menerusi program Rumah 107 yang dihoskan oleh aktor Khir Rahman.
Menurut Nabila, anaknya Keisha Laila juga meluahkan rasa rindu untuk bertemu atuknya.
“Sebelum saya nak pergi jumpa papa, saya tanya Keisha sama ada saya patut lakukan atau tidak. Keisha yang menasihati saya. “Dia kata mommy patut jumpa dan tengok atuk, bila lagi mommy nak selesaikan perkara ini. Saya rindu atuk, lama tak jumpa atuk.
“Saya sampai je dekat tangga tu, saya naik turun naik turun… Momen sewaktu masuk sahaja pintu, saya nampak dia, dia nampak saya… Saya terus ucap selamat hari raya papa.
“Masa saya peluk tu saya rasa… Ya Allah betapa bersalahnya aku ni sebagai seorang anak, kesiannya bapa saya,” katanya sebak. Selain Khir, Rumah 107 juga turut dihoskan oeh Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.
Saksikan episod penuh Rumah 107 bersama Shiera dan Sherry Alhadad pada Jumaat (esok), jam 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live