UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Mona Allen Luah Rasa Syukur Dapat Luang Masa Ke Majlis Ilmu Bersama Suami - “Dulu Dating Dekat Movie, Sekarang Majlis Agama”

Mya Amri 12/02/2025 | 00:55 MYT
Pelakon, Mona Allen meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk meluangkan masa bersama suaminya, aktor Pekin Ibrahim.

Momen manis ke majlis ilmu bersama suami Kata Mona menerusi hantaran di Instagram miliknya, momen itu bertambah manis apabila dia dapat memanfaatkan masa bersama suaminya dengan menyertai majlis agama.

“Dulu dating dekat pawagam, sekarang dating dekat majlis agama,” coretnya.

Hantaran itu turut disertakan dengan foto yang merakamkan dirinya sedang tersenyum berada di samping Pekin.

A post shared by Mona Allen🌙 (@mona.allen)

Sementara itu, di ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata netizen menyukai perubahan pasangan itu yang menuju ke arah kebaikan selain mempunyai inisiatif memperbaiki diri untuk lebih mendalami ilmu agama.
Malah netizen juga turut mendoakan agar Mona sentiasa istiqamah dalam menutup aurat.
Antara komen yang diterima adalah:
Sekadar info, Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
#Pekin Ibrahim #Mona Allen #Majlis ilmu
;