Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Monday Couple Dah Berakhir, Saya Hormati Keputusan Gary - Song Ji Hyo

Ahmad Shah 26/10/2016 | 14:52 MYT
Anggota wanita Running Man, Song Ji Hyo menghormati keputusan rakan setugasnya, Kang Gary untuk berundur dari program tersebut.

“Saya tidak berhak untuk memberi kenyataan mengenai keputusan yang telah dibuat oleh Gary namun sebagai rakan sekerja saya mendokan kerjaya muziknya terus berjaya.

“Saya mahu menjadi sorang rakan kerja yang sentiasa memberikan semangat dan menyokong apa saja yang dilakukan olehnya,” ujarnya.

Song Ji Hyo berkata demikian dalam sidang media drama terbarunya, My Wife Is Having an Affair This Week sehari selepas berita itu dihebahkan.

Disebabkan perkara itu juga, Ji Hyo memberitahu selepas ini tiada lagi momen pasangan Isnin dalam program berkenaan.

“Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, tidak akan ada lagi pasangan Isnin dalam Running Man.

“Monday Couple dan berakhir dan saya hormati keputusan Gary untuk keluar dari Running Man dan fokus kepada bidang muzik.

“Saya harap anda faham dan terus meningati kami, Monday Couple sebagai pasangan dan kenangan manis dalam Running Man,” katanya.

Dengan kenyataan tersebut, secara rasminya Monday Couple telah ‘menamatkan’ hubungan mereka.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Soompi

#Artis K-Pop
;