La Casa De Papel atau Money Heist musim kelima telah memulakan tayangan secara global Jumaat lalu.
Penonton setia siri Netflix ini pastinya mempunyai pelbagai pandangan setelah menonton apa yang berlaku sebagai sambungan daripada musim keempat.
Gempak berkesempatan menemubual barisan pelakon Money Heist, Enrique Arce (watak Arturo) dan Hovik Keuchkerian (Bogota) baru-baru ini.
Menurut Enrique, dia merasakan musim terbaru ini adalah lebih hebat dan menakjubkan berbanding sebelumnya.
"Apa yang boleh saya cakap, ia seperti Money Heist dengan 'steroid', kami semua telah lakukan perkara yang menakjubkan, saya tak sabar menunggu reaksi penonton.
"Dalam musim kelima ini, bahagian pertama akan memaparkan lebih aksi berbanding yang kedua, jadi, apa yang kami lakukan, saya rasa belum pernah dilakukan sebelum ini," katanya.
Bercakap mengenai cabaran yang dihadapi, Enrique akui watak Arturo memerlukan komitmen fizikal yang agak berat.
"Setiap hari saya pulang ke rumah selepas penggambaran, kaki dan beberapa anggota badan saya terasa sakit.
"Kadang-kadang saya tak dapat rasa badan saya, itulah antara perkara yang paling mencabar untuk menjayakan watak ini," dedahnya.
Sementara Hovic pula merasakan semua pelakon berjaya mencapai jangkaan yang lebih tinggi berbanding musim-musim sebelumnya.
"Pada pendapat saya, cabaran kami adalah untuk mencapai jangkaan, musim sebelum ini pun jangkaan orang ramai sudah tinggi, sudah tentu mereka menjangkakan lebih dalam musim kelima.
"Bagaimanapun, kami semua berjaya melakukannya, keseluruhan pelakon dan produksi telah lakukan yang terbaik," jelasnya.
Menambah tentang watak Bogota dalam musim terbaru, Hovic memberi bayangan penonton akan melihat perbezaan yang mengejutkan daripada lakonannya itu.
"Dalam musim terbaru ini, anda akan lihat sisi 'binatang' Bogota, ia lebih ganas, selebihnya anda akan lihat Bogota seperti biasa, cuma yang satu itu memang berbeza," ceritanya.
Money Heist turut dibintangi Úrsula Corberó (Tokio) , Álvaro Morte (Profesor) , Pedro Alonso (Berlín), Miguel Herrán (Río), Jaime Lorente (Denver), Esther Acebo (Estocolmo) dan ramai lagi. Ia mengisahkan tentang sekumpulan perompak yang melakukan pencurian di Royal Mint of Spain dan Bank of Spain, diketuai oleh seorang profesor (Álvaro Morte).
Kumpulan itu tidak menggunakan identiti sebenar sebagai nama panggilan sebaliknya menggunakan nama kota dari pelbagai negara.
Money Heist Part 4 sebelum ini berakhir di Bank of Spain selepas kematian salah seorang rakan perompak, Nairobi (watak dipegang Alba Flores). Inspektor Sierra (lakonan Najwa Nimri) juga dapat meneka lalu bertemu profesor di tempat perselindungannya sebelum musim itu berakhir.
Money Heist Part 5: Volume 1 telah menemui penonton secara global di Netflix pada 3 September, diikuti Volume 2 pada 3 Disember nanti.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Kredit Foto Enrique: Wikipedia
Asraf Aided
Mon Sep 06 2021


Suami Fatin Afeefa Berani Sindir Adam Shahz Secara Berdepan - “Takkan Nak Takut dengan Lelaki Ini?”
Berani ek!

“Penyondol Tak Patut Hidup Bahagia…” - Anak Saudara Zalina Zaini Luah Rasa Kesal
Isu makin besar

Setahun Kahwin, Syafiq Farhain Umum Bakal Jadi Bapa - “Isteri Akan Bersalin Sekitar…”
Tahniah!
.png?ext=.png)
Lepas Tanya Mana Syamsul Yusof Ketika Puteri Sarah Pergi Umrah, Netizen Syak Ira Kazar Ajak Main Bakar Marshmellow?
Netizen Siasat Ira Kazar Ajak Syamsul Main Bakar Marshmellow?

“Bukan Macam Drama Melayu Biasa” - Netizen Setuju Projek: High Council Another Level!
Setuju!

Netizen Puji Neelofa Bertutur Bahasa Melayu Dengan Anak; “Rileks Je, Walaupun Tahu Dia Speaking Macam…”
Comel Bilal

"Saya Nak Tenang, Tak Obses Populariti Atau Glamor Lagi" - Hafiz Hamidun Mahu Lebih Masa Bersama Anak
Hafiz Hamidun muncul dengan sentuhan terbaharu, single berjudul Inni Tawakkaltu.

Konsert Hanya Satu Malam, Peminat Boleh Pilih Lagu Didendangkan Pada Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir
Konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir kurang satu bulan sebelum menjadi kenyataan di Malaysia.
![[VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…” [VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-14_8.png?ext=.png)
[VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…”
Simple je kan!

“Helok! Bergegar Ov**i…” - Anzalna Nasir Melting Tengok Ketampanan Suami Sendiri
Wow Anzalna