,
Laman Utama

Money Heist Bakal Tiba di Penghujung, Profesor Menangis Seperti Tiada Hari Esok! - “Karakter Yang Cukup Bermakna”

Azwa Rahman
03/12/2021
04:45 MYT
Pelakon siri popular Netflix Money Heist, Alvaro Morte yang membawakan watak Profesor, mengakui cukup berat hati untuk menuju ke musim terakhir drama popular dunia ini.
Bagi Alvaro, dia sangat beremosi apabila segala kerja keras yang dilakukan sepanjang lima musim bersiaran bakal tiba di penghujungnya
“Bila kami selesai menjalani penggambaran bersama pasukan yang dah lama kita bekerjasama, yang paling sayang, saya menangis seperti tiada hari esok. Yeah, walaupun saya menangis tapi saya sangat bersyukur. Musim terakhir ni sangat banyak aksi, orang tak akan nak berganjak daripada tempat duduk.
“Ada suatu ketika saya pernah bersedih ketika meninggalkan watak Profesor bila kami habis berlakon musim kedua, waktu itu semuanya nampak sudah berakhir. Saya bersedia untuk buangkan watak itu, karakter yang cukup bermakna, yang saya paling sayang.
“Tapi bila kami kembali untuk musim ketiga, keempat, kelima, saya anggap ini seperti peluang kedua. Kini saya cuba untuk menikmati setiap saat berbanding nak bersedih kerana dah habis. Tapi memang saya sedih sebab ia telah tiba di penghujungnya,” ujar Alvaro sewaktu ditemubual.
Alvaro ditemui ketika majlis sidang media antarabangsa Money Heist musim kelima volume 2 yang diadakan secara maya pada Selasa.
Selain Alvaro, sidang media ini turut dihadiri oleh Najwa Nimri (Inspektor Alicia), Jaime Lorente (Denver), Ursula Corbero (Tokyo), Miguel Herran (Rio), Pedro Alonso (Berlin), Belen Cuesta (Manila), Hovik Keuchkerian (Bogota), Luka Peros (Marseille), Darko Peric (Helsinki), Esther Acebo (Stockholm), Enrique Arce (Arturo), Jesus Colmenar selaku pengarah, Esther Martinez Lobato (produser eksekutif) dan Alex Pina sebagai showrunner.
Tambah Ursula yang membawakan watak Tokyo, susah untuk dia bayangkan drama bersiri seluruh dunia ini akan tamat tidak lama lagi.
“Untuk musim kelima ini, pengarah Jesus cuba sebaik mungkin untuk memberi lebih peranan pada Tokyo, jadikan dia lebih matang. Hari terakhir penggambaran, saya bangun dengan hati yang berdegup kencang. Lepas kami selesai, semuanya terasa aneh. Terbayang sewaktu pertama kali bermula, perjalanan dan pengalaman daripada awal, memang gila.
“Saya ingatkan musim kedua dah habis tetapi musim ketiga Netflix membawakan filem ini ke pasaran antarabangsa. Dulu hanyalah poster berbahasa Spanish dan tiba-tiba kami jalani penggambaran di Thailand. Hidup saya berubah dan say pastinya akan merindui pasukan ini terutamanya rakan sekerja saya,” jelas Ursula lagi.
Money Heist musim kelima mengisahkan geng ini telah terperangkap di dalam Bank of Spain selama 100 jam. Profesor sudah ditangkap dan mereka semua tiada jalan keluar. Angkatan tentera sudah memenuhi dan nampaknya rompakan terhebat dalam sejarah ini akan bertukar menjadi medan perang.
Money Heist Musim kelima volume 2 akan mula bersiaran di Netflix dalam lima episod pada 3 Disember ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Sambut Ulang Tahun Ke-13 Tokyo Street, Pavilion KL Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik Bertemakan Maneki Neko Matsuri!

gempak
27/07/2024
13:55 MYT
Tokyo Street, lokasi beli-belah yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur menyambut ulang tahun ke-13 menerusi kempen bertemakan Maneki Neko Matsuri.
Berita

Pemilik Suara Nobita Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun

gempak
24/07/2024
10:20 MYT
Pemilik suara yang terkenal dengan karakter Nobita Nobi dalam siri anime popular Doraemon, Noriko Ohara, dilaporkan meninggal dunia pada 12 Julai ketika berusia 88 tahun.
Laman Utama

Cipta Sejarah! Mechamato Menang Anugerah Festival Anime Tokyo 2023

gempak
10/02/2023
06:00 MYT
Tahniah Mechamato.
Laman Utama

Mechamato Cipta Sejarah, Satu-Satunya Siri Animasi Malaysia Tercalon Di Anugerah Festival Anime Tokyo 2023!

gempak
12/11/2022
11:00 MYT
Mechamato banggakan Malaysia
Laman Utama

Siti Jamumall Beli Kondo Mewah RM1 Juta, Berbaloi Korban Demi Abang OKU - "Saya Tak Ambil SPM, Tapi Sambung Belajar Bisnes"

gempak
20/09/2022
09:55 MYT
Siti Jamumall buktikan ilmu bisnes penting kalau nak sukses!