Berita
Money Heist Diadaptasi Versi Korea, Aktres Jeon Jong Seo Dilamar Karakter Tokyo
Media antarabangsa dan Korea Selatan melaporkan siri jenayah fenomena dari Sepanyol, Money Heist akan segera dibikin dalam versi Korea.
Berita itu disahkan oleh penerbit eksekutif Money Heist, Alex Pina, semalam.
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, konten dari Korea telah melewati batas sempadan dan mencapai banyak peminat dari seluruh pelusuk dunia, sama seperti Money Heist.
"Kerana itu kami berminat untuk melihat potensi siri ini dalam versi Korea," kata Alex Pina.
Menurut laporan, Money Heist atau juga dikenali sebagai La Casa De Pepe (The House of Paper) versi Korea masih bertunjangkan kisah sekumpulan penjenayah yang diketui oleh Profesor dalam misi merompak bank.
Kelak ia akan diarahkan oleh Kim Hon sun, sutradara yang memang terkenal dengan pengarahan filem jenayah, manakala skripnya ditulis oleh Ryu Yong jae dan timnya yang pernah menulis untuk drama Psychopath Diary.
Walaupun masih belum membuat pengumuman rasmi tentang para pemain yang akan membawa watak penting seperti Profesor, Berlin, Nairobi, Moscow dan Tokyo, namun media Korea melaporkan aktres Jeon Jong Seo telah dilamar menghidupkan karakter Tokyo versi Korea.
Siri ini juga dijangka oleh media akan ditayangkan pada awal November 2021.
Kredit Foto: Zimbio, Wiki Money Heist