gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Puji Sikap Ammar Ahyan, Nabil Ahmad Kagum Cara Aliff Syukri & Isteri Didik Anak - “Dahsyat Budak Itu…”
HIBURAN
Umie Aida Nak Carikan Jodoh Buat Erma Fatima, Ini Respons Tuan Badan - “Dia Ingat Kakak Dia Ini Umur 19 Tahun Ke? Gila…”
HIBURAN
Zizi Kirana Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Melibatkan Rumah Tangga Dengan Yusuf Bahrin
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Money Heist Musim Kelima Bermula Esok! Barisan Pelakon Teruja & Kongsi Pengalaman

Asraf Aided
Asraf Aided
02/09/2021
12:40 MYT
Sponsor Banner
Money Heist Musim Kelima Bermula Esok! Barisan Pelakon Teruja & Kongsi Pengalaman
La Casa De Papel atau Money Heist musim kelima akan membuka tirai esok.
Semestinya penonton setia siri Netflix itu tidak sabar menantikan kesudahan dalam musim terakhir yang dinanti ramai.
Gempak berkesempatan menemubual barisan pelakon Money Heist, Rodrigo de la Serna (Palermo), Itziar Ituño (Lisbon) dan Darko Peric (Helsinki), Selasa lalu.
Menurut Rodrigo, dia sangat teruja untuk melihat hasil kerja kerasnya bersama barisan pelakon berbakat lain.
"Saya terlalu teruja untuk lihat hasilnya apabila dilancarkan, kami sudah bekerja keras selama berbulan untuk menghasilkan musim terakhir ini.
"Saya juga percaya, ada beberapa perkara baru yang akan kita lihat, ianya begitu kuat dan teatrikal," katanya.
Sementara itu, Darko pula berkongsi pengalaman menjalani penggambaran ketika pandemik COVID-19.
Ianya tentu berbeza berbanding penggambaran musim-musim sebelumnya.
"Penggambaran siri ini dijalankan ketika pandemik, bagi saya, musim yang menyeronokkan adalah musim ketiga dan keempat di mana kami pergi ke Thailand dan ada babak memasuki bank.
"Dalam musim terakhir ini, kita semua terikat dengan peraturan berkurung di rumah dan ketika menjalani penggambaran," katanya.
Dalam pada itu, Itziar pula bercerita tentang pengalaman mencabar yang dirasai sepanjang terlibat dalam Money Heist.
Aktres jelita itu juga gembira bekerjasama dengan barisan pengarah siri berkenaan, Jesús Colmenar, Koldo Serra & Álex Rodrigo.
"Kami lalui banyak momen istimewa sepanjang penggambaran Money Heist. Untuk pengalaman yang paling mencabar bagi saya adalah babak saya diikat tangan untuk memberitahu kebenaran.
"Dalam musim terbaru ini akan ada juga babak yang mencabar tetapi saya tidak mahu dedahkannya lagi di sini.
"Selain itu, banyak juga perkara yang saya belajar dan bekerjasama dengan barisan pengarah siri ini adalah pengalaman yang menakjubkan," katanya.
Money Heist turut dibintangi Úrsula Corberó (Tokio) , Álvaro Morte (Profesor) , Pedro Alonso (Berlín), Miguel Herrán (Río), Jaime Lorente (Denver), Esther Acebo (Estocolmo) dan ramai lagi. Ia mengisahkan tentang sekumpulan perompak yang melakukan pencurian di Royal Mint of Spain dan Bank of Spain, diketuai oleh seorang profesor (Álvaro Morte).
Kumpulan itu tidak menggunakan identiti sebenar sebagai nama panggilan sebaliknya menggunakan nama kota dari pelbagai negara.
Money Heist Part 4 sebelum ini berakhir di Bank of Spain selepas kematian salah seorang rakan perompak, Nairobi (watak dipegang Alba Flores). Inspektor Sierra (lakonan Najwa Nimri) juga dapat meneka lalu bertemu profesor di tempat perselindungannya sebelum musim itu berakhir.
Money Heist Part 5: Volume 1 akan mula menemui penonton secara global di Netflix esok, diikuti Volume 2 pada 3 Disember nanti.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Topic Berkaitan
#Money Heist
#3 September
#La Casa De Papel
#Money Heist Part 5
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement