Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Morning Sickness Kali Ni Teruk, Lapar Setiap Setengah Jam…” – Isteri Hafizul Kamal Hamil Anak Kedua

Mya Amri 21/06/2019 | 08:00 MYT
Isteri pelakon filem PASKAL Hafizul Kamal, Nurul Fariza Ibrahim mengumumkan sedang hamil anak kedua.
Berita gembira itu dikongsi Fariza atau lebih mesra dengan panggilan Mieja menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya semalam.
Menerusi perkongsian itu, Mieja memberitahu mengalami alahan teruk berbanding ketika hamil anak pertamanya.
“Assalamualaikum baby mummy. Lega semalam dapat tengok awak. Doc cakap heartbeat semua okay. Alhamdulillah walaupun sehari sebelum tu mummy ada makan (rasa je) durian.
“By the way, morning sickness untuk second pregnancy ni lagi teruk dari yang first. Sebulan lebih yang lepas memang jadi zombie je kat rumah.
“Tidur doplohpatjam haha lapar setiap setengah jam. Lepas makan, muntah. Dahsyat!
“Anyone wanna share with me your second pregnancy experience? Lagi teruk masa first or second?
“Or memang tak pernah rasa morning sickness langsung? Aaaa you’re so lucky mommies!” kongsinya.

Assalamualaikum baby mummy. Lega semalam dapat tengok awak. Doc cakap heartbeat semua okay alhamdulillah walaupun sehari sebelum tu mummy ada makan (rasa je) durian ? . Btw, morning sickness untuk second pregnancy ni lagi teruk dari yang first. Sebulan lebih yang lepas memang jadi zombie je kat rumah. Tidur doplohpatjam haha lapar setiap setengah jam. Lepas makan, muntah. Dahsyat! ? . Anyone wanna share with me your second pregnancy experience? Lagi teruk masa first or second? Or memang tak pernah rasa morning sickness langsung? Aaaa you’re so lucky mommies!

A post shared by NURUL FARIZA IBRAHIM (@mieja_ibrahim) on

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah selain berkongsi pengalaman yang sama dengan Mieja.
Terdahulu, Hafizul dan Mieja telah berkahwin pada 13 Februari 2016.
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak, Raisya Amanda pada 25 Oktober 2017.
#Hamil #Hamil #Hafizul Kamal #Mieja Ibrahim
;