Komposer dan penerbit lagu, Damian Mikhail, tampil mengulas kontroversi muzik video usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri seperti yang tular baru-baru ini.

Kata anggota kumpulan V.E menerusi hantaran di Instagram (IG), Aliff tidak mengejar publisiti mahupun duit tetapi sekadar mahu ‘memondan’ dalam MV itu.

"Aku nampak motif si Alif Syukri sebenarnya bukan untuk publisiti mahupun duit. Dua-dua dia dah ada dan boleh dapat dengan senang.

"Tujuan video ni dibuat satu je. Pasal nak MEMONDAN. Tu je. Coming out the closet gitu.

"Ko nak memondan tu hal dengan Allah. Tapi nak promote benda-benda macam tu masa Ramadan? Ko ni level si*l yang lain Lip," tulisnya.



Bagaimanapun, selepas memuat naik hantaran terbabit, Damian memaklumkan akaun media sosialnya itu telah dilaporkan kepada pihak Instagram.

"Nampaknya dia dan geng-geng dia dah koyak rabak. Depa ramai-ramai duk report post aku. Kalau tak betul, tak perlu risau pun.

"Takkanlah nak suruh ejen-ejen report post saya sampai kena restrict," maklum Damian.

Terdahulu, penayangan video muzik raya Kelepak Kelepuk Raya milik Aliff Syukri melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata yang tidak sesuai untuk tontonan ramai lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.