Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mr Ali Terkilan Dengan Komen Biadab Netizen Fasal Ibu - “Mak Baca Apa Yang Budak Tadi Tulis…”

Asyikin Mayudin
15/08/2024 08:55 MYT
Pencipta kandungan kulinari yang dikenali Mr Ali meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang meninggalkan komen mengatakan ibunya seorang pemalas.

Gores Hati

Menyedari akaun netizen itu sudah tiada, Mr Ali menerusi laman sosial miliknya berkata komen tersebut telah menggores hati ibunya.

“Tadi lepas balik dari sekolah, mak baca apa yang budak tadi tulis ‘sebab mak kau malas’. Yang tahu saja tahu. Akaun budak tu pun dah ghaib. Mind you, yang taip komen macam tu bukan akaun palsu.

“Tu memang akaun betul cuma dia memang tap private. Ok sambung, mak cakap sampai hati dia cakap mak malas eh, dulu mak besarkan kamu orang jual mini pizza, jual kuih, petang pergi ambil jualan mak depan rumah.

“Saya terus terdiam. Itu dengan orang tua kita boleh biadap sampai macam tu. Merendahkan mak seseorang in fact kita tak tahu susahnya si emak dan ayah ni membesarkan anak anak zaman dulu,” katanya.

Pengorbanan Ibu Bapa

Pada perkongsian yang sama, Mr Ali turut memberitahu dia sentiasa berkongsi cerita mengenai pengorbanan ibu baponya setiap dalam konten yang dikongsikan.

“Nak cakap cakap pada saya sahaja. Content saya cuba la pergi gali berapa banyak voice over saya buat mengangkat nama mak saya, saya bercerita kenangan bersama mak. Bersama ayah.

“Selama ni saya banyak berdiam. Banyak filtered komen yang orang lain tak tahu pun. Kalau saya tunjuk satu demi satu risau dalam sekelip mata saja akaun-akaun ni hilang dan lesap. Saya mash memikirkan orang lain.

“Hari ini tidak pernah selama enam tahun saya reveal nama akaun hate komen and I did this today. Tak sampai sejam akaun tadi lesap. Yang sempat tu sempat la tengok post tadi sebelum saya remove.

“Kecewanya hanya Allah yang tahu. Merendahkan mak ayah seseorang yg kita tak tahu pun diorang ni macam mana susah besarkan anak-anak sangat meninggalkan kesan di hati seorang mak,” katanya.

Ikut Setiap Acara

Dalam pada itu, Mr Ali turut berkata ibunya sentiasa mengikutinya di setiap acara yang dihadirinya.

“Nak cakap, cakaplah tapi janganlah komen begitu rupa pada mak saya. Dia mak saya. Siapa yang pernah bekerja, pernah attend event dengan saya akan sentiasa nampak kelibat mak saya sentiasa bersama saya.

“Begitu mak dan ayah berada di belakang saya. Balik-balik mak terus tanya sampai hati dia cakap mak malas . Fuhh ni orang berumur tau. Yang komen ni pun tak tahu apa yang mak saya lalui,” ujarnya.

Sementara itu, Mr Ali yang juga pempengaruh media sosial ini berharap ibu bapa di luar sana menasihati anak-anak mereka untuk tidak biadab dengan orang lain.

#Content Creator #Ibu Mr Ali #Mr Ali #Pencipta kandungan
;