Forbes baru baru ini mengeluarkan senarai YouTuber yang berjaya menerima penghasilan tertinggi sepanjang tahun 2021.

Bukan lagi Ryan Kaji yang sebelum ini menduduki posisi YouTuber terkaya selama dua tahun berturut, namun tempatnya telah dirampas oleh Jimmy Donaldson atau lebih dikenali sebagai Mr Beast.

Laporan tersebut menyebut Mr Beast memperoleh pendapatan sehingga USD$54 juta atau RM226 juta sepanjang tahun lalu menjadikannya sebagai YouTuber dengan pendapatan tertinggi yang dihasilkan dari platform tersebut.

Mr Beast pertama kali memasuki dunia YouTube pada tahun 2017. Dia menampilkan video pertamanya yang berupa dirinya sendiri sedang mengira angka dari 1 sehingga 100,000.

Video tersebut telah ditonton jutaan orang, menjadikan Mr Beast mempunyai idea melakukan hal yang lebih besar sekaligus menjana pendapatan menerusi platform digital.

Kariernya dalam dunia digital bagaimanapun ikut berhadapan dengan pelbagai cabaran. Namun, lelaki yang berusia 23 tahun ini tetap tidak mengalah.

Selain terkenal menerusi konten konten video viral, Mr Beast juga bijak menggunakan pendapatan yang diperoleh dari dunia YouTube kepada bidang lain. Ini termasuklah inisiatif membeli iklan billboard dan radio dalam usaha membantu rakan YouTubernya, PewDiePie untuk memperoleh lebih ramai pengikut.

Mr Beast juga berjaya menjalankan kempen Team Trees dengan memperoleh sebanyak USD$23.5 juta, jumlah yang sama dengan pokok yang ditanam di seluruh dunia.

Kekayaan Mr Beast yang diperoleh hasil daripada konten video dan kempen kempen serta bayaran yang diterima daripada pelbagai agensi ini dikatakan melampaui kekayaan pesohor Jay Z.

Kredit Foto: The Verge