Sukan

Muak Jadi Pemain Profesional, Bekas Bintang Manchester United Tak Kisah Jadi Posmen - “Saya Boleh Ambil Anak-Anak Balik Sekolah Setiap Hari”

gempak
Awani
22/11/2024
06:33 MYT
Sponsor Banner
Muak Jadi Pemain Profesional, Bekas Bintang Manchester United Tak Kisah Jadi Posmen - “Saya Boleh Ambil Anak-Anak Balik Sekolah Setiap Hari”
Bekas pertahanan Manchester United, Marnick Vermijl mengakui dia sudah muak dengan bola sepak profesional.

Tak kisah jadi posmen

Disebabkan itu, Vermijl mula bekerja sebagai posmen secara separuh masa di negaranya, Belgium.
Vermijl merupakan produk akademi Red Devils, bermain untuk pasukan bawah 18 tahun (B-18) kelab itu sebelum dinaikkan ke pasukan senior pada tahun 2012.
Dia hanya bermain dua perlawanan untuk pasukan utama United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson sebelum dijual ke Sheffield Wednesday pada 2015.
Kini, dia bermain untuk pasukan amatur divisyen satu Belgium, Thes Sport, sebuah kelab yang disertainya empat tahun lalu.
Menurut Manchester Evening News, Vermijl kini menghabiskan masa antara bermain untuk Thes Sport dan bekerja sebagai posmen.
“Saya sudah muak dengan bola sepak profesional.

“Sebagai posmen pula, saya perlu bangun pada pukul empat pagi. Tetapi sekarang saya boleh pulang sekitar tengah hari dan mengambil anak-anak dari sekolah setiap hari,” ujarnya.

Sumber: Awani menerusi Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024