Muat Naik Foto Berdua, Netizen Speku Emma Maembong Bercinta Dengan Abang Syed Saddiq?

Zulaikha Yusof
Januari 21, 2019 04:21 MYT
Pelakon drama Awak Suka Saya Tak, Emma Maembong mencetuskan teka-teki apabila memuat naik sekeping foto bersama seorang jejaka bernama Syed Abdullah yang merupakan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Emma telah berkongsi sekeping foto bersama Syed beserta ucapan hari lahir.
"Happy birthday @syedabdullah1989. May Allah bless you," tulisnya secara ringkas.
Emma dan adiknya, pelakon Chacha Maembong turut sama meraikan ulang tahun kelahiran Syed di Johor semalam.
Biarpun tidak mengumumkan secara langsung status jejaka berkenaan namun ramai peminatnya meneka jejaka itu pengganti pelakon Kamal Adli.
Malah, kebanyakan peminat Emma dan Syed rata-ratanya mendoakan kebahagiaan pasangan itu.
Sekadar info, Emma dan Kamal pernah menjalinkan hubungan percintaan selama tiga tahun namun hubungan mereka berakhir pada 25 Oktober 2017.
Foto: IG Emma Maembong & Syed Abdullah
#Emma Maembong #Emma Maembong #Syed Abdullah