Muat Naik Foto Bersama Kekasih, Anak Sheila Rusly Curi Perhatian Netizen

Zulaikha Yusof
Disember 10, 2018 08:30 MYT
Anak kepada pelakon dan penerbit drama, Sheila Rusly iaitu Luth Mikhail telah memuat naik foto bersama teman wanitanya, Wardina Anuar.
Perkongsian itu telah dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya semalam.
Menerusi entri tersebut, Mikhail berkongsi dua keping foto bersama teman wanitanya iaitu 'throwback' ketika awal perkenalan serta di majlis graduasi.
Rata-rata netizen turut sama meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah kepada Mikhail.
Segelintir pengikutnya menganggap mereka adalah pasangan yang secocok serta sesuai bersama.
"@ruby_rhubieyah: Nice..dua-dua comel. Moga berjaya dunia akhirat both of you."
"@zaidah_izzati77: Tahniah both of you..Tak lama lagi kak @sheilarusly_jspictures dapat menantu ni..Pasangan yang sesuai..Sesuai tengok adik berdua."
"@zettyizzah: You look so cute btw congrats Mikha."
#Sheila Rusly #Luth Mikhail