Muat Naik Foto Bersama Tunang, Netizen Doakan Kebahagiaan Elfira Loy

Zulaikha Yusof
November 21, 2018 02:41 MYT
Pelakon Elfira Loy menarik perhatian netizen apabila memuat naik sekeping foto bersama tunangnya, Muhammad Faris Khairol Anuar.
Foto itu memaparkan ketika mereka berada di festival Artbox Malaysia baru-baru ini.
"You are too short too handle".
"Can I take this as compliment as well," tulis Elfira.
Kapsyen tersebut diletakkan bersama hashtag #ineedmyheelsback.
Rata-rata peminat Elfira memuji kecomelan pasangan ini kerana jelas ketara perbezaan ketinggian malah berpendapat mereka mempunyai rupa paras yang sama.
"@ezzahmarzuki: Memang jodoh el..Muka sama."
"@noratikahh_: Lelaki tinggi ni so bae lah."
"@myradlina: Comel je, nak sama tinggi punya pasal tu."
"@ekin_rahman_: More like you too cute too handle."
"@iera_faziera: Sama la kita tapi orang cakap comel kalau pendek ni."
Selain itu, netizen juga tidak lupa mendoakan semoga urusan mereka dipermudahkan serta sentiasa diberi kebahagiaan.
Elfira telah melangsungkan pertunangan dengan Faris pada 2 September lalu dalam satu majlis tertutup di kediamannya.
#Elfira Loy