Pelakon Fizo Omar mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sekeping foto dia menyarung sehelai tudung di Instagram hari ini.

Menerusi foto terbabit, Fizo berseloroh menyatakan bahawa wajahnya mirip seorang gadis seperti yang diletakkan dalam entri sama.

"Ramai orang kata muka saya sama dengan muka awek sebelah. Betul ke jodoh kalau muka sama?" tulis Fizo.

Ramai orang kata muka abe joe sama ngan muka awek sebelah tu. (Swipe left) . Betul ke Jodoh kalau muka sama?

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on


Bagaimanapun, lebih mencuri tumpuan apabila kebanyakan netizen menyamakan wajah Fizo mirip bekas isterinya, Mawar Abdul Karim.

"Macam muka Mawar sebelah tu. Insya-Allah semoga Fizo dan Mawar berjodoh lagi," tulis salah seorang pengguna.

"Betul. Lama dah perasan muka dia sama macam Mawar," tambah pengguna lain.

"Teringat tudung Mawar ke bro?" sahut pengguna lain pula berseloroh.

Jodoh Fizo dan Mawar putus di tengah jalan apabila pasangan itu bercerai talak satu pada 10 Julai lalu selepas enam tahun berkahwin.

Hasil perkongsian hidup Fizo dan Mawar, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Dalam perkembangan lain, Fizo bakal menjadi peserta episod kedua All Stars Buka Panggung yang akan berlangsung pada Jumaat ini.

Selain Fizo, episod kedua All Stars Buka Panggung akan di Farahdhiya, Datuk Rosyam Nor dan Datin Diana Danielle.

All Stars Buka Panggung merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.

Program ini menampilkan Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.

Rancangan ini disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

All Stars Buka Panggung akan bersiaran selama 7 minggu pada setiap Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.