Muat Naik Foto Di Hospital, Peminat Doakan Ariff Bahran Segera Sembuh

Kamaruddin Razal
Februari 7, 2020 08:56 MYT
Penyanyi Ariff Bahran, 22, berkongsi foto dirinya yang sedang terlantar di hospital.
Bekas bintang program realiti Big Stage musim pertama itu memuat naik foto terbabit di laman sosial Instagram miliknya.
"Bro tewas hm," tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Bahran turut berkongsi beberapa kemas kini keadaan dirinya di hospital menerusi ruangan Instagram Stories.
Tidak berkongsi butiran lanjut mengenai sakit yang dialami olehnya, rata-rata peminat Bahran mendoakan jejaka itu segera sembuh.
Bahran atau nama sebenarnya, Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari turut berterima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan dirinya.
Dalam perkembangan lain, Bahran kini sedang giat mempromosikan lagu duet Bicara Rasa bersama penyanyi Sarah Suhairi.
#Penyanyi #Penyanyi #Ariff Bahran